PERLEMBAGAAN : MELAYU MAKNA ISLAM, YANG BUKAN ISLAM SERTAI UMNO APA HAL?

PERSATUAN Bisaya biasanya ahlinya mesti suku Bisaya dan demikian juga Brunei atau Bajau. Kalau Persatuan Murut mestilah ahlinya hanya untuk Murut dan adalah ganjil kalau yang bangsa Brunei jadi ahli Persatuan Murut. Kalian bersetuju kenyataan saya ini? Baiklah. Terima kasih!

Kalau Persatuan Brunei sudah semestinya ahlinya suku Brunei dan tak mungkin pula yang Bajau boleh menyertainya dan inilah hakikat nyata. Adakah lojik suku Brunei bisa jadi ahli Persatuan Bugis atau Irranun atau Suluk dan ini tentu tak sesuai. Kelihatan ganjil.

Kalau parti PAS mestilah ahlinya yang beragama Islam. Maksud di sini yang menyertai PAS semestinya beragama Islam dan soal bangsa seperti India, Cina, Iban tidaklah kita persoalkan sebab perjuangannnya Islam . Ini kenyataannya. Betulkan saya kalau silap.

Parti PKR tiada masalah sebab dia tidak menyebut bangsa dan agama sebab ianya terbuka yang maksudnya dengan secara tidak langsung bermakna satu Malaysia. Betul?

Lalu bagaimana pula UMNO? UMNO bermakna parti Melayu dan Melayu itu bermakna Islam. Itu hakikatnya dan cuba kita rujuk Perlembagaan persekutuan 160(2) seperti berikut dan hayati hakikatnya:-

160(2)/Tafsiran Melayu
“MELAYU” ertinya seseorang yang menganuti agama Islam, Lazim bercakap Bahasa Melayu, Menurut adat dan istiadat Melayu dan (a) lahir, sebelum hari merdeka, di persekutuan atau Singapura atau ibu atau bapanya telah lahir di Persekutuan aatau Singapura, atau pda Hari Merdeka, ia adalah berdominsil di Persekutuan atau di Singapura atau (b) Ia adalah keturunan seseorang yang tersebut.

Nah, bila disebut Melayu dan dikaitkan dengan Islam maka persoalannya apa maksud orang bumiputra bukan Islam menyertai UMNO, sedang pengertian Melayu itu dalam perlembagaan disebut Melayu itu Islam? Ini jelas sudah lari dari maksud tafsiran perlembagaan Persekutuan itu sendiri.

Saya tak pertikai kalau-kalau dalam perlembagaan UMNO ahlinya dibuka kepada kaum bumiputera, tetapi yang saya pertikai ialah pengertian Melayu dalam UMNO dan Perlembagaan yang kalau bukan Islam menyertai UMNO jelas bertentangan.

Adalah lojik kalau Cina atau India atau Kadazan bukan Islam beramai-ramai naik atas pentas dan berteriak “HIDUP UMNO dan HIDUP MELAYU” sambil bersongkok. Nah, bukankah lain kelihatannya? Iya, kalau ada pun bukan Islam mahu menyertai parti dalam BN, kenapa saja tidak menyertai PBRS, PBS atau UPKO atau MCA?

Sekadar bertanya dan kenapa pula ke UMNO? Misalnya orang Kazazan/Cina penampang yang menjadi ahli UMNO bahagian Penampang. Kenapa iya?

Barangkali palinglah sesuai perkataan Melayu itu ditukar menjadi MALAYSIA dan dengan demikian bangsa Cina, India meski agamanya bukan Islam berhak menyertainya dan ini lebih sesuai untuk menuju ke suatu parti berbilang kaum dan sesuai dengan Slogan Satu Malaysia.

No comments:

Post a Comment